Selamat Datang
Blog ini merupakan Kit Pembangunan Sahsiah kami atau spesifiknya dikenali sebagai
A Personality Development Kit for Excellent Teacher
bagi Tugasan Kursus KKD2063: Pembagunan Sahsiah
Semester 2, Sesi 2013/2014.
Tujuan Kit Pembangunan Sahsiah ini dihasilkan untuk meningkatkan kesedaran khususnya kepada bakal guru dan guru-guru tentang kepentingan memupuk ciri-ciri murni peribadi dalam usaha menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Isu Sahsiah Guru
Isu sahsiah guru dapat dilihat daripada pengertian yang diberikan terhadap 2 perkataan utama iaitu ‘isu’ dan ‘sahsaih’.
Isu merupakan kata nama yang berasal daripada Bahasa Arab yang memberi makna yang sama dengan persoalan, perbincangan, topik, masalah, pokok, perkara, hal, dan tajuk perbualan. Isu yang dimaksud dalam blog ini menyingkap dua aspek, iaitu isu positif dan isi negatif tentang guru.
Sahsiah merupakan kata nama yang berasal daripada Arab yang bermaksud keperibadian, perwatakan, dan personaliti. Sahsiah yang dimaksud dalam blog ini menyingkap aspek peribadi seseorang guru yang menjurus kepada personalitinya, perwatakan, cara guru bertindak laku dan bertindak yang boleh mencerminkan tentang dirinya secara umum.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbb2WdPircAxvttguR-86EvJBx0UdhHkkAn397ZGheckUn2LkgvHHrVEIDySKIP8HW0qtjICbfTIZZRGEo2kT89aWWzGZZkSzNukQUyuhr1YR9MPGMlw4g8uvy-IT0IFeO_C8zLDMpbLMd/s1600/120724_DS_TEACHER.jpg.CROP.rectangle3-large.jpg)
Rujukan: Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Aslina Ahmad & Hazalizah
Hamzah (2012). Pengenalan Pembangunan
Sahsiah. Tanjong Malim: Emeritus Publications.