Isu Sahsiah Guru Positif

Terdapat pelbagai isu yang diketengahkan mengenai sahsiah seseorang yang bergelar guru. Guru diberi amanat untuk mendidik anak bangsa, membentuk mereka menjadi insan yang berketrampilan, sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, isu sahsiah positif perlu ada pada setiap guru. Isu-isu berkaitan dengan sahsiah guru dikategorikan kepada lima bahagian iaitu penyesuaian diri, tahap kecekapan, daya tahan, tingkah laku, dan faktor ekstrinsik.


1. Penyesuaian Diri Guru dalam Profesion Perguruan


Minat di dalam bidang kerjaya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kejaya yang diceburi oleh seseorang. Oleh itu, seseorang guru perlu mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang perguruan dapat menyesuaikan diri di sekolah tempat dia ditugaskan. Guru-guru perlu bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya.


Selain itu, seseorang guru perlu menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Guru-guru perlu mengambil berat tentang penerimaan murid, disiplin kelas dan penguasaan kandungan pembelajaran. Oleh itu, hubungan guru kepada pelajar haruslah dijaga. Pelajar yang berjaya adalah mempunyai hubungan yang baik antara pelajar dengan guru dan juga ibu bapa.


2. Isu Tahap Kecekapan Guru


Kecekapan seseorang guru diukur dari segi cara dia melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Kecekapan guru menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai, menjalankan aktiviti yang menyeronokkan serta memberi maklumat kepada pelajar tentang kepentingan matapelajaran dalam kehidupan mereka boleh mengurangi kes ponteng. 


Di samping itu, tahap kefahaman seseorang guru terhadap kursus yang diajar dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Guru perlu mempunyai banyak kaedah yang dapat digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Dengan ini, pelajar bukan sahaja boleh mempelajari tentang mata pelajaran yang diajar tetapi memperoleh kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan.


3. Daya Tahan


Daya tahan merupakan ketekalan dan ketabahan seseorang apabila menghadapi sesuatu cabaran dan dugaan. Seseorang guru perlu mempunyai daya tahan yang tinggi supaya mampu menghadapi stres dan cabaran yang dihadapi. Apabila seseorang guru menghadapi stres yang tinggi atau cabaran yang besar, dia perlu mencari cara-cara untuk menyelesaikannya. Guru tidak boleh berasa marah sesuka hati apabila menghadapi stres dan cabaran. 


Seseorang yang mempunyai daya tahan yang tinggi dapat menangani stres sebagai seorang guru. Stres itu mungkin berpunca daripada pihak sekolah itu atau pihak luar. Secara ringkas, seseorang guru perlu mengatasi semua stres dengan kreativiti dan keazaman.


4. Isu Tingkah Laku Guru


Tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang guru dapat mempamerkan sahsiah dirinya. Seseorang guru perlu mempunyai tingkah laku yang baik dan positif. Guru-guru tidak boleh menampilkan tingkah laku yang menyedihkan dan mengaibkan. Contohnya, penderaan, penipuan dan rogol.


Secara ringkas, tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru yang mendatangkan kebaikan kepada diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah dan masyarakat merupakan tindakan yang wajar dan sejajar dengan profesion perguruan. Oleh itu, guru-guru perlu bertindak positif dan menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat supaya menampilkan keperibadian yang mulia.


5. Faktor Ekstrinsik


Faktor ekstrinsik juga mempengaruhi isu sahsiah guru. Seseorang guru perlu benar-benar berminat dengan profesion perguruan. Guru-guru perlu mempunyai minat dan kecenderungan untuk mendidik dan melahirkan seseorang insan yang berjaya. Minat merupakan faktor intrinsik yang paling utama mengekalkan guru dalam bidang pendidikan.


Secara keseluruhannya, guru yang diperlukan oleh negara merupakan guru yang benar-benar minat dalam bidangnya dan sentiasa berusaha keras demi untuk kejayaan pelajarnya. Matlamat ini boleh dicapai dengan keperluan semasa serta memelihara akhlak dan budi pekerti agar guru disanjungi dan dihormati selain menjadi teladan kepada para pelajarnya.